Kadar OPR Malaysia Dijangka Kekal Sebab Inflasi Makin Turun

197

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi hari ini (Khamis) berikutan faktor tekanan harga, ketidaktentuan pasaran dunia dan konflik politik.

Menurut beberapa orang pakar ekonomi daripada Bloomberg, BNM akan mengekalkan kadar faedah pada 3% untuk mesyuarat kali ketiga berturut-turut.

Walaupun inflasi jatuh ke paras terendah sejak 30 bulan lepas lalu, ia bukan satu tugas yang mudah untuk BNM tentukan kadar faedah.

Ringgit Malaysia (RM) merupakan antara mata wang yang menduduki prestasi kedua terburuk asia pada tahun ini.

Ahli ekonomi US berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia masih dilema dalam menentukan kadar faedah kerana mereka masih berpegang pada ramalan untuk kekal sebagai tindak balas kepada permintaan domestik yang lemah.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bahawa mereka dalam usaha memastikan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dalam pergerakan yang teratur.

Kadar faedah (OPR) dijangkakan naik pada masa hadapan sebanyak 3.6% pada tahun hadapan berbanding 2.5% hingga 3% pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat