Kalau Jadi Presiden, Donald Trump Ikrar Nak Haramkan CBDC!

682

“Entah-entah lagi orang tak nak undi Trump, ye la mana tahu semua orang nak CBDC ada.”

Semasa persinggahan kempen di New Hampshie, Donald Trump yang merupakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) telah berjanji untuk mengharamkan penciptaan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Sekiranya beliau menjadi presiden, beliau tidak akan sekali-kali membenarkan penciptaan CBDC, ulas Trump di atas pentas disertai bekas calon mesra mata wang kripto Vivek Ramaswamy yang baru-baru ini menggantung kempennya.

Hal ini kerana CBDC akan jadi ancaman berbahaya pada kebebasan, oleh itu Trump ingin menghalangnya daripada datang ke AS susulan ia mampu beri kerajaan persekutuan kawalan mutlak ke atas wang rakyat dan mungkin wang itu tidak tahu hilang ke mana.

Umum mengetahui bahawa CBDC ialah versi digital atau versi tunai bertoken dikeluarkan dan dikawal oleh bank pusat yang mungkin atau tidak menggunakan blockchain sebagai teknologi asas.

Bekas presiden AS tersebut yang pernah menjadi pengkritik aset digital dilaporkan telah memiliki lebih $2.5 juta dalam Ethereum (ETH) menurut pendedahan pada Ogos 2023.

Sungguhpun pada masa ini tiada lagi cadangan daripada Federal Reserve (Fed) untuk memperkenalkan CBDC, ia tidak menghalangnya daripada menjadi isu hangat dalam politik AS terutamanya dalam jejak kempen.

CBDC telah muncul sebagai salah satu isu paling hangat untuk pejabat Gabenor Florida Ron DeSantis susulah lebih ramai berminat terhadap produk tersebut berbanding isu biasa seperti hak senjata api dan lain-lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat