Diperhatikan pada carta XAU/USD, harga emas kini telah melonjak melebihi paras 2000.00 pada sesi Eropah hari ini.
Faktor yang mendorong lonjakan harga emas adalah penyusutan berterusan US dolar pada dagangan minggu ini susulan penurunan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Selain penularan wabak pandemik, US dolar juga menyusut susulan kegagalan kongres AS mencapai persetujuan berkenaan pakej rangsangan ekonomi dan rundingan akan bersambung selepas sebulan lagi.
Namun, permintaan terhadap emas sebagai aset safe-haven ini berpotensi untuk mengalami kejatuhan semula jika perkembangan positif berkenaan penghasilan vaksin Coronavirus terus tampil meningkatkan semula keyakinan pelabur dalam pasaran.
Kenaikan harga emas semasa dijangka akan berterusan walaupun pada kadar yang perlahan. Kenaikan yang berterusan bakal kembali menuju ke paras tertinggi sepanjang masa yang direkodkan pada sekitar paras 2075.00.
Namun jika harga kembali menjunam semula di bawah paras 2000.00, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan ke paras sokongan sekitar 1900.00 atau pada 1870.00.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI