Emas Naik Lagi! Kini Dah Cecah Semula Harga $2,000

839

Harga emas meneruskan peningkatan lebih tinggi pada Selasa ketika matawang US dolar terus diniagakan melemah berikutan ketegangan antara AS dan China mengenai isu terbaru, Huawei.

Pada awal pembukaan sesi Eropah, logam berharga itu meningkat hampir 1% kepada $2,004 per auns, manakala niaga hadapan emas pula menokok kepada $2,010 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Dalam perkembangan terbaru pertikaian AS-China, Jabatan Perdagangan AS mengumumkan bahawa ia akan menyenarai hitamkan 38 lagi sekutu Huawei di 21 negara dengan menyekat akses syarikat berkenaan terhadap cip domestik di Amerika.

Ketidakpastian ini secara tidak langsung telah mendorong kemerosotan terhadap hasil perbendaharaan AS dan dolar greenback serta memberi manfaat kepada pegangan safe-haven emas.

Selain itu, kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) AS pada Khamis ini juga menyokong dagangan terhadap logam berharga tersebut.

Jangkaan yang meluas bahawa Fed akan menerapkan sasaran purata inflasi yang mungkin boleh mendorong inflasi ke atas 2% untuk beberapa waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat