Kantoi Bersalah? FBI Serbu Rumah Bekas CEO Kraken!

292

“Agaknya berapa tahun kena penjara kalau Jesse Powell ditangkap?”

Kediaman co-founder bursa mata wang kripto Kraken, Jesse Powell di Los Angeles telah digeledah oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sejurus selepas didakwa atas kesalahan menggodam dan mengganggu non-profit organization (NGO).

Dilaporkan bahawa pihak pengurusan Kraken telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan itu, tetapi perlu diketahui Powell meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kraken pada September 2022 untuk beri tumpuan pada bahagian produk.

Terdahulu pada Februari 2023, Kraken telah disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) berhubung pelanggaran penawaran sekuriti tidak berdaftar di negara tersebut namun selepas itu penyelesaian dicapai.

Bagaimanapun, siasatan terbaharu itu didapati melibatkan Powell apabila galeri seni bukan untung iaitu Pusat Seni Verge mengadu tentang gangguan dialami akaun komputernya, di mana akses kepada e-mel dan komunikasi lain telah disekat.

Meskipun begitu, bekas CEO Kraken tersebut menafikan dakwaan dilemparkan kepada beliau sekeras-kerasnya.

Ringkasnya, Kraken telah dimaklumkan bahawa Powell terlibat dalam pertikaian sivil dengan Pusat Seni Verge, oleh itu terdapat penyiasatan persekutuan terbuka dan waran geledah dilaksanakan untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat tentang galeri tersebut.

Umum mengetahui penyiasatan terhadap Kraken terjadi apabila pasaran kripto semakin diberi pengawasan ketat oleh AS susulan keruntuhan FTX telah menyebabkan kebanyakan aset digital mengalami bencana dahsyat sejak tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat