Kapal Komersial Diserang, Pemimpin Seluruh Dunia Diseru Lawan Houthi Di Laut Merah!

1,020

Baru-baru ini, badan persatuan perdagangan yang mewakili sektor merentasi ekonomi global telah menulis surat secara terbuka bagi menggesa lebih banyak kerajaan di seluruh dunia untuk menyertai usaha keselamatan maritim di Laut Merah.

Surat itu telah mendapat persetujuan daripada kebanyakan kumpulan perdagangan di AS termasuk syarikat pakaian, kasut dan Persekutuan Runcit Kebangsaan

Kini, Operation Prosperity Guardian yang diketuai AS merupakan ketenteraan pertahanan utama bagi melindungi kapal dagang yang diserang oleh kumpulan Houthi. Kumpulan keselamatan multinasional itu mempunyai sekurang-kurangnya 23 negara yang terlibat dan mereka menyeru agar lebih banyak negara menyertainya.

Walaupun konflik politik masih berlanjutan, aliran perdagangan global masih bergantung kepada penggunaan kapal komersial ke seluruh dunia. Data import dan eksport AS menunjukkan bahawa majoriti perdagangan yang mengguna laluan laut adalah negara-negara yang tidak terlibat perang dan AS hanya 2.6% sahaja.

Amerika Syarikat mendakwa mereka adalah pejuang yang menegakkan kebebasan pelayaran untuk semua negara. Di bawah undang-undang antarabangsa, semua negara berhak menggunakan kebebasan untuk belayar dalam tujuan pengangkutan bahan mentah, memunggah barang dagangan dan penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pakaian dan Kasut AS, Steve Lamar berkata berkenaan persetujuan surat sokongan yang diterimanya meminta agar kerajaan seluruh dunia perlu bersama-sama menghalang serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.

Ia juga turut disokong oleh beberapa negara seperti Kanada, Bangladesh, Brazil, Portugal, Afrika, India, Taiwan dan Poland.

Surat itu juga ada menyebut berkenaan situasi bencana alam iaitu kemarau di Terusan Panama yang telah menjejaskan laluan perdagangan Asia ke Pantai Timur AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat