Kapal Perang Pemusnah Milik Amerika Syarikat Didakwa Ancam Perairan China

386

Perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China masih kekal goyah apabila laporan berkenaan kapal tentera laut AS dikatakan berlayar di perairan Laut China Selatan bakal membangkitkan kemarahan Beijing.

US Navy Wayne E. Meyer, kapal pemusnah AS dilengkapi senjata peluru berpandu telah memasuki perairan Laut China Selatan dan berlayar menghampiri pulau-pulau jajahan China tanpa kebenaran China dan telah diberi amaran oleh Chinese People’s Liberation Army untuk beredar selepas pengawasan dan pengecaman identiti kapal tersebut.

Reuters juga melaporkan pada Selasa lalu bahawa China menafikan sebarang permintaan untuk kapal perang tentera laut AS untuk mengunjungi pelabuhan Chinese Port City di Qingdao.

Jurucakap ketenteraan China, Li Huamin dalam kenyataannya mengatakan pendirian ‘kebebasan pelayaran’ oleh Amerika Syarikat sebenarnya mencemarkan keharmonian maritim dengan mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Hal tersebut juga ditegaskan telah menjejaskan kedaulatan China dan juga kepentingan keselamatan di samping mengancam keamanan dan kestabilan kawasan perairan Laut China Selatan.

Li juga menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini.

Washington sebelum ini juga telah mengatakan Beijing melaksanakan kawalan ketenteraan di Laut China Selatan dengan membina bangunan tentera di pulau buatan dan kawasan terumbu karang.

China memaklumkan Laut China Selatan yang menjadi laluan utama setiap tahun oleh kapal-kapal dagang dari Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. Beijing menjelaskan peraturan yang ditetapkan adalah penting untuk perlindungan negara dan dengan itu Amerika Syarikat bertanggungjawab meningkatkan ketegangan dengan menghantar kapal perang dan pesawat tentera berhampiran pulau-pulau milik Beijing.

Perbelanjaan China pada 2019 untuk pertahanan akan meningkat 7.5% daripada tahun 2018 mengikut laporan kewangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat