Kaplan Mohon Perjanjian Perdagangan AS dengan Kanada dan Mexico Diteliti

46

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan berkata bahawa beliau amat yakin daya saing Amerika Syarikat sebenarnya banyak dibantu oleh hubungan perdagangan di antara AS dengan Kanada serta Mexico.

Menurut Presiden Fed terbabit lagi, beliau tidak mahu alasan peningkatan kos pekerjaan kepada Amerika Syarikat dijadikan alasan yang bakal menjejaskan hubungan tiga hala tersebut.

Kaplan mengutarakan pendapat terbabit ketika menyampaikan ucapan di Toronto.

Semenjak kempen lagi, Donald Trump sebelum ini telah mengkritik perjanjian perdagangan AS dengan Kanada dan Mexico yang dimaterai di atas perjanjian NAFTA serta menyifatkan perjanjian tersebut sebagai ‘menyakiti’ sektor pekerjaan di Amerika Syarikat.

Justeru, Kaplan berpendapat bahawa perjanjian yang melibatkan tiga negara ini harus ditambahbaik dan segala isu dapat ditangani dengan cara yang membina.

Minit Mesyuarat FOMC : USD/JPY Melonjak 0.14 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat