Karma Buat Trump, China Balas Dendam!

2,188

Rentetan daripada laporan Amerika Syarikat mengarahkan pejabat konsulat China di Houston ditutup, negara parti komunis itu akhirnya tampil dengan mengenakan tindakan balas yang sama.

China dilaporkan akan bertindak dengan menutup pejabat konsulat AS di Chengdu, yang mana ia dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara ekonomi gergasi itu, menurut laporan SCMP yang memetik kenyataan sumber yang rapat mengenai perkara itu.

Laporan ini sebaliknya berbeza dengan ura-ura bahawa China pada mulanya sedang mempertimbangkan untuk menutup pejabat konsulat AS di Wuhan.

Setakat ini, Washington telah menempatkan lima konsulatnya di negara itu, termasuk Guangzhou, Shanghai, Shenyang, Chengdu dan Wuhan serta konsulat jeneral untuk Hong Kong dan Macau.

Pejabat konsulat AS di Chengdu telah dibuka sejak tahun 1985 dan penempatannya sangat penting secara strategik kerana ia meliputi wilayah barat daya negara itu.

Pada Rabu, China tekad untuk membalas dendam ke atas tindakan Amerika Syarikat yang mengarahkan penutupan pejabat konsulat China di Houston bagi tujuan melindungi harta intelektual dan maklumat peribadi rakyatnya.

Ini susulan daripada laporan mengenai penggodam China yang dikatakan telah mensasarkan syarikat Amerika yang mengusahakan penyelidikan virus dan mencuri maklumat dari syarikat di seluruh dunia demi keuntungan dan kepentingan pihak kerajaan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat