Kava.io (KAVA) Sebuah Pinjaman DeFi Yang Menarik Buat Pelabur!

229

Kava adalah platform pinjaman DeFi yang berlandaskan cross-chain, membolehkan pengguna meminjam USDX stablecoin dan mendepositkan pelbagai matawang kripto untuk memperoleh hasil.

Diasaskan oleh Brian Kerr, Ruaridh O’Donnell dan Scott Stuart, Kava beroperasi seperti bank yang tidak berpusat untuk aset digital, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan kewangan yang tidak berpusat.

Menariknya, Kava membolehkan pengguna untuk mendapatkan hasil dengan melombong USDX stablecoin. Sebaik sahaja dilombong, token USDX ini boleh disumbangkan kepada pasaran wang Kava, yang dikenali sebagai Protokol HARD.

Melihat kepada carta KAVA/USDT, pergerakan harga telah mempamerkan rekod yang konsisten dengan menghasilkan kenaikan lebih 500% pada pasaran 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $8.20 pada awal April 2021.

Namun setelah itu, Kava gagal mengekalkan momentum sehingga menyusut ke zon support sekitar $2.40 pada 19 Mei yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Kava telah melepasi zon support sekitar $2.8 dan dijangka bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $3.6.

Paras zon SBR tersebut bakal menjadi tumpuan untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan meneruskan kenaikan ke zon SBR yang seterusnya.

Namun, jika harga Kava kembali menyaksikan trend bearish, paras sokongan sekitar $2.8 tersebut bakal diuji semula samada membuat ‘rebound’ atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto KAVA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat