Ke Arah E-Pemerintahan, Vietnam Mulakan Projek Matawang Digital Bank Pusat (CBDC)

172

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah meminta State Bank of Vietnam (SBV) menjalankan projek ujikaji terhadap matawang digital bank pusat (CBDC) berasaskan blockchain.

Timbul juga desas-desus yang mengaitkan projek itu mungkin sebenarnya pembangunan matawang kripto.

Apa-apa pun baik matawang kripto atau CBDC, jika benar seperti yang dikhabarkan, SBV akan menjadi bank pertama yang mengalami pengalaman pengurusan aset digital.

Dijangka projek tersebut akan berlangsung bermula 2021 sehingga 2023.

Berdasarkan laporan media di negara itu, langkah yang diambil oleh perdana menteri merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan e-pemerintahan (e-governance).

Difahamkan kerajaan negara itu bercita-cita untuk menubuhkan aset digital berasaskan blockchain, termasuk kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI), realiti maya (virtual reality, VR), realiti berperantara (augmented reality, AR) dan data besar.

Vietnam sejak awal lagi mengharamkan sektor kripto termasuk Bitcoin. Bagaimanapun, pada tahun lepas Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam telah memanfaatkan teknologi blockchain dengan memuatnaik sijil diploma bagi pendidikan menengah dan universiti untuk pengaksesan yang lebih cekap.

Ini menunjukkan kepercayaan mereka terhadap teknologi ini terutama ke arah e-pemerintahan.

Setakat ini di Asia Tenggara, Cambodia telah mendahului sebagai negara pertama yang melancarkan CBDC pada Oktober 2020, dikenali sebagai Bakong. Singapura dan Indonesia pula dikhabarkan akan mula menjalankan pembangunan CBDC sekitar tahun ini. Manakala Thailand telah menyerahkan kontrak kepada syarikat Jerman, Giesecke + Devrient Currency Technology untuk mengembangkan CBDC di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat