Keadaan Pasaran Pekerjaan AS Naik 0.4 Pada Mac

72

Indeks Keadaan Pasaran Pekerjaan Amerika Syarikat (US Labor Market Condition Index, LMCI) naik 0.4 pada Mac berbanding bacaan yang telah dikaji semula sebelum ini 1.5 dari 1.3 yang dilaporkan pada mulanya.

Dengan bacaan yang telah dikaji semula, indeks ini telah meningkat sejak 10 bulan lalu yang mana sebelum itu susut selama lima bulan berturut-turut. Ini menunjukkan pengukuhan pasaran pekerjaan sejak pertengahan 2016.

Laporan terbaru data pekerjaan Amerika Syarikat akan memberi impak yang signifikan kepada data pada bulan Mac dengan penambahan pekerjaan yang begitu rendah dalam NFP hanya 98,000 berbanding jangkaan pasaran sebanyak 180,000.

Pekerja swasta hanya bertambah sebanyak 89,000 berbanding bulan sebelum itu yang menambah seramai 221,000 pekerja. Data lemah ini dijangka akan memberi tekanan kepada indeks minggu ini.

Indeks ini walaubagaimanapun disokong oleh kejatuhan kadar pengangguran kepada 4.5% dari 4.7% yang mana akan menyokong bacaan tersebut secara langsung dan juga bacaan positif secara keseluruhan dengan data NFP masih kukuh pada bulan lepas.

Bacaan yang terus konsisten dalam indeks tersebut akan mengekalkan keyakinan Federal Reserve terhadap pasaran pekerjaan. Ini juga akan mengekalkan jangkaan FOMC kepada kenaikan beransur-ansur kadar faedah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat