Kebimbangan Pelabur Sebabkan Saham AS Jatuh!

344

Kebimbangan terhadap krisis perbankan tampaknya masih belum mereda selepas berlaku penjualan dalam saham bank serantau pada hari Selasa.

Ini diperlihatkan pada penyusutan Zions Bancorporation, Comerica dan KeyCorp lebih 10% yang dijejaskan oleh kebimbangan bahawa lebih banyak bank akan jatuh selepas First Republic Bank.

Sebelum ini dilaporkan bahawa JPMorgan Chase telah mengambil alih First Republic Bank susulan kejatuhannya minggu lalu.

Namun, ia tidak cukup membantu mengurangkan kekhuatiran pelabur yang mempersoalkan kestabilan institusi kewangan serantau yang lebih kecil selepas krisis melanda pada bulan Mac.

Walaupun begitu, saham kewangan bukanlah yang berprestasi paling buruk pada sesi dagangan New York, saham tenaga juga merosot apabila pelabur bertindak balas terhadap penyusutan harga minyak.

Ketika ditutup pada sesi New York, Dow Jones Industrial jatuh kira-kira 367 mata, atau 0.89% kepada 33,684.54. Sementara S&P 500 berakhir 1.16% lebih rendah dan Nasdaq Composite turun 1.08%.

Indeks US30 pula sedikit bangkit daripada kejatuhan terdahulu untuk berada pada paras 33,708 pada sesi Asia.

Pada masa yang sama, risiko mengenai Amerika Syarikat akan mengalami ‘default’ turut menjejaskan prestasi pasaran saham.

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen memberi amaran bahawa kerajaan mungkin akan kehabisan wang dan situasi lebih buruk akan berlaku jika siling hutang gagal dinaikkan sebelum 1 Jun.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi FOMC yang dijangka akan melihat satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada awal pagi Khamis.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat