Kebimbangan Terhadap Bekalan Kembali Menyengat, Ini Reaksi Harga Minyak!

413

Kebimbangan terhadap lebih banyak sekatan dikenakan terhadap Rusia terus memberi sokongan kepada dagangan minyak mentah untuk mencatatkan keuntungan pada sesi Eropah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada sekitar harga $108 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $104 setong.

Harga minyak telah merosot sekitar 13% pada minggu lalu selepas Presiden Joe Biden mengumumkan pelepasan minyak dari rizab kecemasannya dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) juga bersetuju untuk mengeluarkan simpanan mereka.

Namun, harga kembali meningkat susulan laporan hujung minggu mengenai pembunuhan besar-besaran orang awam di utara Ukraine sehingga mendorong Amerika dan negara-negara Eropah berjanji untuk menghukum Moscow dengan melaksanakan lebih banyak sekatan terhadapnya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga mencadangkan sekatan ke atas minyak dan arang batu Rusia meskipun mendapat tentangan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain.

Ini sekali gus meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap bekalan dunia yang terus dalam tekanan disebabkan ketegangan Ukraine dan Rusia.

Selain itu, harga turut meningkat susulan rundingan perjanjian nuklear yang masih lagi tersekat, di mana Iran menyalahkan Amerika Syarikat kerana menghentikan rundingan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat