Kecewa Campur Tangan AS, Korea Utara Ugut Kekacauan Pilihan Raya Presiden November Ini

740

Korea Utara memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) untuk tidak masuk campur dalam hubungan antara Korea jika mahu pilihan raya pada November akan datang di negara itu berjalan dengan lancar.

Ugutan itu susulan daripada komen Jabatan Negara Amerika Syarikat ke atas keputusan Korea Utara, menyifatkan tindakan wilayah itu mengecewakan kerana memutuskan komunikasi dengan Korea Selatan pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kementerian Luar Negara Korea Utara, Kwon Jong Gun akui bahawa Korea Utara terkesan dengan komen daripada AS memandangkan negara pemerintahan Donald Trump itu pernah meluahkan keinginan untuk melihat kedua-dua wilayah Korea itu berdamai.

Beliau juga memberitahu amaran tersebut bukan sahaja demi kepentingan AS tetapi juga melibatkan manfaat kepada pemilihan presiden yang berjaya.

Timbul ketidakpuasan hati oleh pihak Korea Utara sejak beberapa minggu lalu apabila muncul penyebaran risalah anti-Pyongyang, yang dilancarkan menggunakan belon oleh aktivis dari Korea Selatan.

Susulan daripada isu tersebut, Korea Utara akhirnya mengumumkan untuk menghentikan kesemua talian perhubungan dua wilayah itu bermula pada 9 Jun jam 12 tengah hari.

Risalah yang dikatakan telah dihantar sejak beberapa tahun lalu mempunyai mesej berbaur kritikan terhadap Kim Jong Un dan rejim Korea Utara.

Berkenaan ugutan serangan, Korea Utara tidak memberi sebarang penjelasan terhadap bentuk ancaman yang akan dilancarkan ketika pemilihan semula Trump sebagai presiden AS.

Kerajaan Korea Selatan yang sentiasa ingin berdamai dengan Korea Utara, tampil pada Rabu menyokong Pyongyang dengan menyuarakan tindakan tegas akan diambil ke atas organisasi yang bertanggungjawab menghantar risalah tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat