Kecoh Pagi Ini Ringgit Jatuh Sampai RM6.24! Sekadar ‘Bug’ Atau Ada ‘Shark’ Buat Kerja Diam-Diam?

5,158

Peningkatan nilai mata wang yang tak menentu sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat serta pakar ekonomi tempatan.

Kekacauan dalam pasaran global seperti konflik perang di Timur Tengah dan situasi jangkaan pemotongan kadar faedah di AS terus berlegar-legar dalam arus turun naik nilai mata wang asing.

Semalam, laman Twitter (X) dihebohkan dengan satu posting berkenaan kejatuhan nilai mata wang ringgit menjunam tinggi ke paras RM6.24 sen berbanding sebelum ini.

Ia satu berita yang mengejutkan kerana nilai tempatan itu dijangka hanya akan berlegar-legar sekitar RM4.72 hingga RM4.75 sahaja sepanjang minggu. Seberapa jauh kesahihan berita itu?

Baru-baru ini, menerusi seorang pengguna X (@MHaffizJ) telah membuat satu hantaran berkenaan kejatuhan nilai mata wang itu serta ia telah menarik beberapa pandangan dan spekulasi di ruang komen.

Ada yang berpendapat bahawa itu adalah glitch atau bug yang berlaku di Google. Perkara itu telah menjadi kebiasaan kerana sebelum ini juga pernah terjadi hal sama.

Namun, seorang penganalisis ekonomi, Nazri Hamdan juga turut berkongsi pandangan bahawa berlakunya massive sell ringgit pada waktu itu. BNM berkemungkinan tinggi terpaksa campur tangan dengan ‘buy’ balik ringgit bagi menyekat ‘sell’ secara besar-besaran.

Mereka menjangkakan ringgit akan jatuh lebih jauh untuk stabil ke paras selesa berbanding kenaikannya pada semalam.

Selain itu, di ruang hantaran X (@Pelabur_Bijak) pula berpendapat bahawa itu adalah kesan pelabur dump ringgit selepas pengampunan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, kejatuhan ringgit yang melampau mampu memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan kos sara hidup masyarakat. Kerajaan perlu lebih berwaspada dan mengambil langkah yang lebih produktif dalam memelihara sosioekonomi tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat