Kecundang Lagi Bursa Hari Ni Angkara Tekanan Jualan

160

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata pada 1,586.61 daripada penutupan Isnin pada 1,587.16.

Indeks dibuka lemah 1.63 mata pada 1,585.53.

Ia dibuka lemah menandakan terdapat tekanan penjualan yang kurang di pasaran tempatan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 158 berbanding 121, manakala 205 kaunter pula tidak berubah, 1,829 tidak didagangkan dan 24 digantung.

Jumlah perolehan pada 152.12 juta unit bernilai RM185.15 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata niaga hadapan KLCI meningkat lepasi ramalan maka jnagkaan pasaran akan terus mengukuh.

Sementara RHB Retail Research berkata indeks gagal mencapai paras baru tertinggi dengan kenaikan harga dihadkan pada rintangan 1593.50 mata.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 1 sen pada RM8.86, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 12 sen pada RM9.52 sementara Public Bank Bhd, IHH Healthcare Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal pada RM4.63, RM6.52 dan RM9.25.

Saham aktif memperlihatkan Farm Fresh Bhd yang membuat penampilan pertama tambah 40 sen pada RM1.75, Nylex (Malaysia) Bhd capai 6 sen pada 52 sen, Hibiscus Petroleum Bhd naik 3 sen pada RM1.21 sementara Sapura Energy Bhd dan Fitters Diversified Bhd maju 0.5 sen each pada 4 sen dan 19 sen.

Di papan indeks, FBM 70 menghilang 27.93 mata pada 13,421.45, FBM ACE mengurang 21.34 mata pada 5,392.24, indeks FBM Emas melemah 6.81 mata pada 11,280.98, indeks FBM Emas Shariah menurun 13.76 mata pada 11,871.25 dan indeks FBMT 100 menyusut 8.22 mata pada 10,980.81.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan merundum 0.44 mata pada 202.72, indeks Perladangan mencapai 45.51 mata pada 7,914.37 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 3.34 mata pada 16,684.93.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat