Kecut Ke? Baru Merah Sikit, Pengguna Kripto Di Malaysia Susut 15%

526

‘Hati belum cukup kental lagi, baru merah sikit dah cabut lari.’

Finder.com, sebuah laman sesawang perbandingan dalam talian, memperlihatkan penggunaan mata wang kripto (cryptocurrency adoption) di Malaysia dalam kalangan pengguna internet berusia 18 tahun ke atas merosot.

Merinci Indeks Penerimaan Mata Wang Kripto yang dikeluarkan laman tersebut, sejumlah besar pemegang (holder) aset mata wang digital di Malaysia adalah lelaki iaitu sebanyak 63% sementara wanita merangkumi 37%.

Secara keseluruhan, cryptocurrency adoption di Malaysia menyusut 15% daripada 20% pada akhir tahun lepas dengan Bitcoin (BTC) kekal menjadi syiling paling popular dalam kalangan warga tempatan pada 35% dan diikuti Ethereum pada 24%.

Ulas pakar aset digital Finder, James Edwards bahawa pengecutan data tersebut sudah dijangka memandangkan pasaran meluas kripto mengalami kejatuhan ketara sejak awal Mei dan Jun lalu.

Beliau turut memberi amaran bahawa pelaburan kripto bukan untuk mereka yang ‘mudah goyang lulut’.

Hujahnya, negara di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS) di mana cryptocurrency adoption yang kekal stabil mencadangkan bahawa holder membuat pelaburan kripto untuk jangka panjang berbanding keuntungan sementara.

Umum mengetahui bahawa kripto merupakan industri yang sangat berisiko, sensitif dan kurang stabil berbanding pasaran pelaburan lain.

Atas faktor tersebut Edwards menasihatkan pelabur memberi perhatian kepada kos dagangan untuk memastikan sebarang keuntungan tidak diambil oleh yuran semasa membeli dan menjual.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat