Kegoyahan Brexit Bakal Tekan GBP/USD Ke Paras 1.3000

620

Pound Sterling terus bergerak lemah dalam pasaran dengan pergerakan menurun harga dapat dilihat pada carta berbanding beberapa matawang utama yang lain.

Tekanan terus meningkat buat matawang British itu dengan kebimbangan pelabur terhadap ketidaktentuan rundingan Brexit selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson menegaskan tiada lagi rundingan jika kesepakatan gagal dicapai pada 15 Oktober nanti.

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) menyatakan mereka akan membuat yang terbaik demi mencapai persetujuan rundingan yang sejajar dengan kepentingan EU. Tambahnya lagi, keputusan UK untuk meninggalkan pasaran tunggal akan mencetuskan pelbagai halangan dan permasalahan.

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga masih bergerak dalam trend bearish di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Melepasi paras penting 1.32000 di sesi Eropah semalam, harga meneruskan penurunan di sesi New York sehingga mencecah paras terendah harian sekitar 1.31400. Penurunan harian tersebut mencatatkan 120 pips pergerakan harga.

Pergerakan mendatar harga di hujung sesi New York bersambung ke sesi Eropah berlegar di sekitar paras 1.31600 pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan pelabur pada Selasa berkemungkinan menuju zon support pada sekitar 1.30500.

Namun jika harga kembali melonjak melepasi halangan MA50 semula, pelabur akan melihat sebagai isyarat perubahan trend pada carta GBP/USD.

Kenaikan yang diteruskan lebih tinggi dilihat akan menuju zon SBR pada 1.33000 yang menjadi paras halangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat