Kejap Naik Kejap Turun, Pelabur Garu Kepala Tengok Harga Emas!

1,272

Paras $2,000 kekal menjadi tempat ‘bermain’ harga emas di tengah-tengah pergerakan pasaran yang tidak menentu.

Menyinari sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $1,997 per auns, manakala niaga hadapan emas lebih tinggi pada $2,005 per auns.

Sentimen risiko kekal berlegar dalam pasaran ekoran kebimbangan terhadap kesan yang lebih meluas daripada krisis perbankan susulan laporan menyuramkan First Republic Bank.

Ini membantu harga emas untuk melonjak ke paras harga $2,009 per auns pada awal sesi New York sebelum susut semula tidak lama selepas itu.

Pasaran dijangka akan terus tidak menentu menuju mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan, di mana Federal Reserve (Fed) diunjur menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Namun, sebelum itu pelabur akan meneliti terlebih dahulu anggaran awal data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat suku pertama pada sesi New York hari ini.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat