Kejatuhan Harga Minyak Dunia Hari Ketiga Berturut-Turut

63

Hari ini merupakan hari ketiga kejatuhan harga minyak dunia dan semakin rendah dalam tempoh penutupan pasaran Asia. Hal ini berikutan data yang bercampur-campur dari US dan sentimen terbaru terhadap OPEC iaitu keraguan dalam pelaksanaan pemotongan keluaran minyak.

Pada masa artikel ini ditulis minyak WTI (West Texas Intermediate) berada di paras $49.81 setong yang jatu dari paras tertinggi $51.13 setong dalam sesi dagangan semalam. Mankala Brent-oil pula berada di paras $53.07 setong jatuh dari paras tertinggi $54.20 setong semalam.

Menurut Jeffrey Haleey, penganalisis di Broker OANDA Singapura, “momentum terus melemahkan pasaran minyak mentah dengan data yang bercampur-campur dari EIA”.

Seorang lagi penganalisis mengatakan bahawa kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini disebabkan kejatuhan sedikit nilai US dolar buat masa ini.

Kenaikan harga minyak sebelum ini yang disebabkan keyakinan kepada pemotongan keluaran minyak dunia menyokong penguatan pasaran ini. Walaubagaimanapun, selepas seminggu perjanjian itu dimeterai, masih terdapat keraguan kepada OPEC sama ada pengurangan ini mampu menstabilkan pasaran semula.

OPEC dan ahli bukan-OPEC akan bermesyaurat hujung minggu ini di Austria untuk membincangkan secara lanjut mesyuarat minggu lepas bagi tambahan pengurangan dari kalangan ahli bukan-OPEC.

OPEC Bersedia Memotong Pengeluaran Minyak Lagi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat