OPEC Bersedia Memotong Pengeluaran Minyak Lagi

38

Pemotongan pengeluaran minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari dilihat mencukupi untuk menstabilkan harga minyak mentah dunia semula. Opec dikhabarkan bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya jika harga komoditi ini gagal distabilkan. Perkara ini disampaikan oleh Menteri minyak UAE, Suhail Al Mazrouei di Abu Dhabi.

Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) membuat keputusan untuk mengurangkan 1.2 juta tong pengaluaran sehari pada minggu lalu untuk mengurangkan risiko lambakan penawaran komoditi ini dalam pasaran.

Tambah Al-Mazrouie lagi negara bukan ahli OPEC juga harus berkongsi beban yang dipikul OPEC ini dengan mengurangkan penawaran sebanyak 600,000 tong sehari. Pihak UAE mahu kedua-dua pihak iaitu OPEC dan Bukan-OPEC menunjukkan komitmen masing-masing untuk menstabilkan harga minyak semula.

Jika pemotongan keluaran ini masih lagi gagal menghentikan harga minyak jatuh ke paras $40-$50 setong, “kami akan bertemu semula dan membincangkan hal ini bersama ahli bukan-OPEC dan akan menetapkan pemotongan di paras yang dirasakan betul”. Beliau berkata kepada Bloomberg semasa konferens di Abu Dhabi.

Russia salah satu ahli bukan-OPEC yang menunjukkan komitmen dalam pemotongan keluaran ini dan berjanji akan mengurangkan 300,000 tong pengeluaran sehari. Sabtu ini mereka akan membincangkan lagi secara lanjut tentang pengurangan ini dengan pembekal-pembekal yang lain seperti Mexico.

OPEC dijangka akan mengurangkan keluaran minyak mereka bermula 1 Januari ini untuk menyokong harga komoditi ini yang telah jatuh hampir 50% sejak paras tertinggi dicapai pada 2014.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat