Kejatuhan Sektor Pembuatan UK yang Tidak Dijangka

35

Pengeluaran dalam sektor pembuatan UK juga lemah berbanding jangkaan dengan catatan penyusutan 0.9% berbanding jangkaan kenaikan 0.2% selepas peningkatan 0.6% pada September.

Pengeluaran Industri di UK jatuh 1.3% pada Oktober selepas turut jatuh pada bulan September yang mana lebih rendah dari jangkaan 0.4%. Ini juga adalah kejatuhan yang terendah sejak empat tahun lalu.

Data pengeluaran perindustrian disebabkan oleh penyusutan dalam aktiviti minyak dan gas berikutan proses baikpulih di Buzzard.

Kejatuhan mendadak dalam pembuatan banyak disumbangkan oleh pengeluaran produk farmasi, yang juga jatuh sebanyak 9.4%.

Data menunjukkan pergerakan yang tidak menentu dalam bacaan bulanan yang disebabkan kemerosotan dalam sektor minyak dan gas. Walaupun begitu, masih ada data positif di UK yang menunjukkan daya saing yang semakin meningkat berikutan referendum EU.

Oleh sebab itu, terdapat kebimbangan yang menyelubungi ekonomi UK berkaitan permasalahan dalam kelemahan struktur ekonomi mereka. Hal ini akan memburukkan lagi sektor perindustrian dalam jangka masa sederhana dan akan menjadi lebih sukar untuk ekonomi UK.

Pound melemah secara signifikan sejurus data dikeluarkan dengan Gbp/Usd jatuh ke paras support di bawah 1.2600, manakala Eur/Gbp naik ke paras 0.8500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat