Kejutan Data ADP, Pasaran Kripto Bermandi Darah!

258

“Ingatkan harga BTC nak naik rupanya perangkap semata-mata.”

Pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menyaksikan penderitaan apabila terbitan laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan tanda positif untuk pasaran buruh.

Dilaporkan bahawa pertambahan pekerjaan swasta AS untuk Jun yang melepasi jangkaan dilaporkan catat lonjakan ketara sebanyak 497,000, di mana ia melebihi ramalan ekonomi yang berpandangan akan meningkat hanya pada 228,000.

Bagaimanapun selepas BTC cecah $31,141, harganya mengalami penyusutan sehingga $29,711 manakala ETH pula pada $1,826 setelah laporan ADP dikeluarkan.

Hal ini kerana data pekerjaan AS yang lebih tinggi daripada jangkaan berkemungkinan akan terus menyokong langkah Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah lebih tinggi semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka persekutuan (FOMC) seterusnya. Laporan NFP AS pula akan diperhatikan pada hari ini.

Meskipun begitu, indeks Dolar melihat kenaikan sekitar 0.3% memulihkan sebahagian besar daripada kerugian awal sejurus selepas pengeluaran laporan ADP.

Umum mengetahui laporan ADP yang dibangunkan dengan kerjasama Makmal Ekonomi Digital Stanford telah memberikan gambaran awal tentang pasaran buruh sebelum laporan kerajaan lebih komprehensif daripada Biro Statistik Buruh dikeluarkan pada hari Jumaat.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.24% pada paras $30,051 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $583 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 1.31% sepanjang minggu lepas.

Manakala ETH tergelincir sekitar 2.96% pada paras $1,845 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan $9 bilion dan Ripple (XRP) merudum 1.55% pada $0.48 serta turun 0.86% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat