Kejutan RBNZ Gegarkan Sesi Asia!

801

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengejutkan pasaran pada sesi Asia dengan mengumumkan bahawa ia akan menamatkan program pembelian bonnya pada minggu depan.

Pada mesyuarat polisi terbaru yang berlangsung pagi ini, bank pusat mengatakan pembelian aset tambahan di bawah progam Pembelian Aset Skala Besar (LSAP) akan dihentikan pada 23 Julai 2021.

Pengumuman ini ternyata telah mengejutkan pasaran dan mendorong dolar New Zealand untuk melonjak lebih tinggi ke atas paras harga 0.7000 berbanding US dolar.

Dalam pada itu, kadar faedah dikekalkan pada 0.25% dan operasi Funding for Lending Program (FLP) juga tidak berubah.

Pembuat dasar mengatakan bahawa beberapa rangsangan monetari tetap diperlukan tetapi tahapnya dapat dikurangkan untuk meminimumkan risiko tidak memenuhi mandat bank pusat.

Selain itu, mereka turut mengulangi akan ada lonjakan jangka pendek dalam inflasi pada suku kedua dan ketiga, di tengah faktor bersifat semula jadi seperti kenaikan harga minyak yang tinggi, atau faktor sementara seperti kekurangan bekalan dan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

Para pembuat dasar bersetuju bahawa tekanan inflasi harga pengguna yang lebih berterusan dijangka meningkat dari masa ke masa.

Tambahan daripada itu, RBNZ juga mengatakan bahawa bacaan data baru-baru ini menunjukkan ekonomi masih kukuh walaupun terkesan dengan sekatan sempadan antarabangsa yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat