Kekal Tidak Bermaya, USD Perlukan Suntikan Tenaga!

203

Suasana pasaran tidak banyak berubah pada sesi Eropah walaupun beberapa data ekonomi utama dari China dan UK telah diterbitkan.

US dolar terus bergerak mendatar, gagal bangkit lebih jauh dari paras terendah 7 bulan yang memperlihatkan indeks dolar berlegar pada sekitar harga 102.26 berbanding enam mata wang utama lain.

Sementara mata wang yen pula kekal menjadi tumpuan dengan diniagakan di paras ketinggian 7 bulan berbanding USD menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada hari Rabu.

Pasaran tampaknya tidak memberi reaksi kepada data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China yang menunjukkan pertumbuhan lebih baik pada suku keempat dengan meningkat 2.9% tahun ke tahun.

Pun begitu, bacaan keseluruhan bagi tahun 2022 menunjukkan ekonomi China hanya berkembang 3% daripada 5.5% yang diunjurkan oleh kerajaan.

Dolar Aussie dan New Zealand masing-masing hanya memaparkan sedikit perubahan susulan keluaran data tersebut.

Mengikuti pergerakan mata wang Eropah pula, euro diniagakan hampir tidak berubah walaupun data terbaru menunjukkan inflasi Jerman meningkat 8.6% pada Disember.

Dagangan pound pula sedikit meningkat susulan data pekerjaan menyaksikan peningkatan berterusan dalam pertumbuhan gaji UK yang pastinya memerlukan tindakan selanjutnya Bank of England (BOE) dalam pengetatan dasarnya.

Apabila gaji meningkat, ini bermakna permintaan akan naik dan seterusnya membuatkan inflasi kekal tinggi.

Tumpuan pada sesi New York seterusnya akan ditumpukan kepada data inflasi Kanada, di mana dolar loonie kini didagangkan mendatar berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat