Ekonomi China Tumbuh 3% Pada 2022, Antara Paling Teruk Dalam Rekod

158
  • KDNK China 2022 jauh meleset daripada jangkaan kerajaan
  • Kedua paling buruk sejak 1976
  • KDNK suku keempat lebih baik daripada jangkaan

Ekonomi China mencatat pertumbuhan kedua paling buruk dalam tempoh hampir 50 tahun pada 2022 susulan dasar sifar Covid-19 yang merosakkan aktiviti.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China meningkat 3% pada 2022, lapor Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) pada pagi Selasa. Bacaan ini jauh tersasar dari unjuran rasmi kerajaan untuk pertumbuhan sekitar 5.5%.

Angka itu juga menunjukkan kejatuhan mendadak daripada 8.4% pada 2021 ketika negara mulai pulih dari gelombang pertama wabak.

Rekod terburuk dalam pertumbuhan China adalah pada 2020 dengan pengembangan hanya 2.2%, paling teruk sejak 1976.

Pun begitu, pertumbuhan pada suku keempat tanpa dijangka lebih baik daripada jangkaan dengan meningkat 2.9% tahun ke tahun daripada jangkaan 1.6%, tetapi menurun dari suku sebelumnya 3.9%.

Pada asas suku tahunan pula, KDNK China tidak mencatat pertumbuhan dengan catatan 0% pada suku keempat berbanding jangkaan penurunan 0.8% dan pertumbuhan 3.9% pada Julai-September.

Sementara itu, data jualan runcit juga memaparkan bacaan yang lebih baik dengan penyusutan 1.8% pada Disember berbanding jangkaan penurunan 9.5%, dan sedikit meningkat dari kejatuhan 5.9% yang dicatatkan sebelumnya.

Kadar pengangguran juga menurun pada 5.5% dan pengeluaran perindustrian pula meningkat 1.3% pada bulan lepas.

Pada Disember, Beijing tiba-tiba menarik balik sekatan sifar Covidnya yang ketat, tetapi kesannya kes jangkitan melonjak dengan drastik.

Ketua NBS menyatakan keyakinannya bahawa ekonomi China akan berkembang lebih baik pada tahun ini dengan dorongan daripada rangsangan oleh kerajaan dan sektor hartanah yang berusaha untuk pulih daripada hutangnya

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat