Kelemahan Euro Berterusan, EUR/USD Kekal Susut Menjelang Mesyuarat ECB

380

Data ekonomi penting mengukur keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang mencatat bacaan memberangsangkan pada sesi New York semalam serba sedikit terus menyokong pengukuhan yang ketara kepada matawang USD.

Pelabur juga terus menantikan debaran kepada penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang bakal diterbitkan pada sesi New York esok (Khamis) untuk menilai petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi bagi suku ketiga.

Dalam pada itu, dek kerana kelemahan matawang Euro yang dipengaruhi oleh kemungkinan kenyataan dovish pada mesyuarat polisi ECB terus memberi kesempatan kepada USD untuk memapar pengukuhan.

Mengkaji kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD dilihat telah memulakan cubaan lonjakan di sesi Eropah (Selasa) dan menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun kemudiannya setelah sahaja harga menyentuh MA50 pada pembukaan sesi New York (Selasa), trend pergerakan harga tampaknya terus menjunam lebih rendah sehingga membuat penurunan lebih 40 pips.

Pada awal sesi Asia hari ini (Rabu) menyaksikan harga telah membentuk ‘gap’ ke bawah pada carta harga sebelum kembali ditutup dengan corak kenaikan untuk menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1.16000.

Paras terendah 2021 yang dicapai pada pertengahan Oktober sekitar 1.15300 masih lagi menjadi zon tumpuan yang berkemungkinan akan dicecah andai kata pergerakan harga kekal dengan trend bearish.

Corak penurunan lebih rendah bakal memperlihatkan rekod paras terendah terbaharu 2021 sekali lagi tercipta yang mana kebarangkalian mungkin akan menuju ke zon sokongan paling kukuh pada 1.15000.

Jika pergerakan harga kembali terbang tinggi melepasi zon SBR 1.16000, harga dijangka bakal mampu mencapai semula ke paras tertinggi mingguan yang kekal mengekang kenaikan harga pada 1.16700.

Kenaikan yang lebih agresif pula menyaksikan harga berkemungkinan bakal menuju ke zon SBR 1.17000 dan secara tidak langsung pelabur akan menilai pergerakan harga membuat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat