Keluar Dari Zon Sideway, EUR/USD Akhirnya Tembus Semula $1.1000!

127

Pergerakan pasaran yang bercampur pada minggu lalu dan membuatkan US dolar bergerak tak menentu sepanjang minggu, pelabur terpaksa menyaksikan pergerakan harga yang mendatar pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Namun, senario berbeza pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini apabila harga telah berjaya melonjak keluar dari julat mendatar tersebut.

Harga akhirnya melonjak melepasi paras penting 1.1000 untuk mengatasi ketinggian minggu lalu dan dijangka menyambung semula corak bullish yang dipamerkan sebelum ini.

Ini didorong oleh penyusutan semula US dolar dalam pasaran seperti pandangan yang dilontarkan oleh penganalisis berkenaan dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang bakal lebih diperlahankan.

Jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas oleh Fed pada mesyuarat awal Mei sebelum menamatkan langkah kenaikan kadar untuk memantau kesan terhadap ekonomi.

Menamatkan dagangan sesi New York, harga pada carta EUR/USD berjaya melanjutkan peningkatan sehingga hampir ke paras 1.10500.

Peningkatan harga itu dilihat bakal mencabar ketinggian yang dicapai pada minggu terdahulu sekitar 1.10700.

Jika lonjakan bertenaga berjaya dipaparkan, mengatasi zon ketinggian tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran seterusnya harga untuk menuju 1.12000.

Namun, waspada jika harga kembali menjunam semula di bawah paras 1.1000 yang akan menjadi isyarat untuk permulaan pergerakan bearish harga.

Jangkaan bagi penurunan harga yang berlaku adalah menguji zon support minggu lalu yang berada sekitar 1.0900.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat