Keluarga Ratu Elizabeth II Terpaksa Berjimat Sepanjang COVID-19

1,190

Kerabat diraja England nampaknya tidak terkecuali tersepit dalam kewangan yang semakin susut gara-gara pandemik COVID-19.

Rupanya pihak pembayar cukai ‘menutupi’ kesempitan kerabat diraja, menanggung perjalanan diraja, termasuk sukan kegemaran golf Putera Andrew.

Dalam pendedahan laporan kewangan Ratu Elizabeth II, Geran Berdaulat telah membayar gaji barisan pegawai rasmi diraja dan penjaga istana dengan jumlah keseluruhan £82.4 juta ($105 juta).

Jumlah tersebut adalah bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2020, sedikit peningkatan dari tahun sebelumnya.

Untuk pengetahuan, sejak United Kingdom (UK) mengenakan perintah kawalan pergerakan pada Mac lalu, kewangan diraja sudah mula menunjukkan penyusutan berikutan kehilangan sumber kewangan yang majoriti bergantung kepada lawatan orang awam ke istana.

Menurut bendahara ratu England, Michael Stevens, kewangan utama diraja mengalami kerugian yang agak teruk, dijangka akan mencecah £15 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Manakala bagi anggaran berasingan bagi kos penyelenggaran jangka panjang Istana Buckingham, kediaman utama permaisuri di London akan susut sebanyak £20 juta.

Sebenarnya berdasarkan undang-undang, Geran Berdaulat tidak boleh diturunkan lagi tahun ke tahun dan Steven menegaskan pembayar cukai Britain tidak akan diminta untuk mengurangkan lagi kekurangan tambahan ketika masyarakat kehilangan pendapatan dan pekerjaan.

Keluarga diraja sedang berusaha bangkit dari kesesakan dialami, membuat pembekuan gaji dan pengambilan pekerja baru, termasuk memotong perbelanjaan yang tidak penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat