Kemana Arah Tuju Matawang Utama dalam Sesi Ini?

92

US Dollar kembali memanjat puncak tertinggi berikutan hasil hutang AS yang kembali meningkat.

Dalam sesi ini, US Dollar Index meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 103.30.

Matawang Greenback meningkat berikutan reaksi kepada data positif daripada aktiviti perkilangan AS yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada bulan Disember.

Euro menyusut sebanyak 0.1 peratus selepas memulih kepada $1.0423.

EUR/USD, 30 minit

Berbanding matawang Jepun, US Dollar meningkat 0.2 peratus.

Pengukuhan US Dollar yang konsisten ini mempunyai kaitan dengan keputusan Fed dalam menaikkan kadar bulan lepas.

Namun begitu, matawang US Dollar tersebut mempunyai potensi untuk mengalami turun naik dengan mendadak menjelang data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Dalam sesi ini, Dollar Australia naik 0.3 peratus dan berada di landasan yang stabil selepas data perkilangan di China meningkat lebih cepat dari yang dijangkakan oleh pasaran secara keseluruhannya.

AUD/USD, 30 minit

Dollar New Zealand pula merosot 0.2 peratus berbanding US Dollar.

NZD/USD, 30 minit

Sementara itu, Pound sedikit berubah kepada $1.2238 selepas menjunam kepada paras terendah dalam tempoh dua bulan.

GBP/USD, 30 minit

Ini Jangkaan Penganalisis Ekonomi Mengenai Minit Mesyuarat FOMC Awal Pagi Esok!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat