Kemana Hala Tuju Dagangan Emas Selepas Fed Mengekalkan Kadar Awal Pagi Tadi?

70

Emas kembali mendapat momentum dalam sesi Asia pada Khamis apabila pelabur menilai laporan minit mesyuarat Fed bagi bulan Mei dalam nada yang agak hawkish manakala optimis (dovish) terhadap kenaikan kadar selanjutnya.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.50 peratus kepada $1,259.38 satu troy ounce manakala dagangan copper futures menurun sebanyak 0.19 peratus kepada $2,584.

Semalam, dagangan emas berada pada bacaan yang stabil apabila pelabur meneliti minit mesyuarat Fed bagi sebarang kemungkinan perubahan terhadap prospek kenaikan kadar faedah selepas beberapa data ekonomi dinilai melembap pada suku pertama baru-baru ini.

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang diukur melalui data Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat pada kadar tahunan sebanyak 0.70 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2017. Tempoh ini juga merupakan tempoh pertumbuhan ekonomi yang paling perlahan bagi suku pertama sejak 2014.

Pada awal pagi tadi, Fed telah mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah pada Mei dan memaklumkan bahawa dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong kenaikan di dalam pasaran pekerjaan dan sasaran inflasi pada bacaan 2 peratus.

Walaupun pasaran buruh ketika ini masih menunjukkan tanda-tanda kekuatan kerana kadar pengangguran diletakkan pada paras terendah sejak tahun 2007 pada 4.4 peratus, kadar inflasi masih dicatat perlahan pada paras 2.2 peratus pada bulan April berbanding 2.7 peratus yang dicapai pada Februari lalu.

Menurut Fed rate monitor tools, pelabur kini meletakkan jangkaan sebanyak 80 peratus terhadap prospek kenaikan kadar pada bulan Jun.

Hal ini didorong oleh pemulihan terhadap momentum US Dollar dan kadar hasil perbendaharaan AS.

Dalam masa yang sama, dagangan emas masih mendapat sokongan daripada pergolakan politik di Washington memandangkan pelabur mula mempersoalkan keupayaan Trump dalam meneruskan agenda ekonomi yang bakal menyokong kepada pertumbuhan ekonomi AS.

Kaplan Mohon Perjanjian Perdagangan AS dengan Kanada dan Mexico Diteliti

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat