Kemanakah Hala Tuju ETH Selepas ‘London Hard Fork’?

862

Pada hari ini, hard fork London sedang berjalan dan ia berlaku di blok 12,965,000. London hard fork merupakan salah satu penambahbaikan yang membawa kepada beberapa Ethereum Improvement Proposals (EIPs) yang berbeza dan menjadikannya berfungsi.

Secara amnya, hard fork London merupakan permulaan kepada naik taraf EIP-1559 yang telah dijadualkan bersiaran pada hari ini waktu Malaysia pada blok 12965000. Sebagai rekod, blok pertama dihasilkan di testnet Ropsten pada 24 Jun lalu dan testnet Goerli merupakan kali pertama hard fork London terbentuk. Rinkeby merupakan fasa percubaan terakhir kemudia disusuki oleh London hard fork.

Harus diketahui EIPs ini dilaksanakan sebagai solusi sementara kepada masalah yuran transaksi dan beberapa masalah teknikal lain sementara menunggu ETH 2.0 siap.

EIP-1559 adalah salah satu peningkatan terpenting dalam sejarah Ethereum. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengalaman pengguna di ETH dengan mengubah cara pembayaran yuran transaksi dan bagaimana rangkaian bertindak balas terhadap lonjakan penggunaan.

Semasa penulisan sebanyak 77% nod Ethereum ditingkatkan untuk menyokong hard fork. Matawang ETH telah catat pengukuhan 14 hari berturut-turut dan pada hari ini mula catat penurunan yang sedikit. Pada ketika ini, ETH didagangkan pada paras harga $2,663.41.

Seterusnya pasaran memberi tumpuan pada paras sokongan paling hampir iaitu pada paras harga $2423 dan kemudian paras harga sekitar $2100.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat