Kemarahan Iran Makin Memuncak, Misi Balas Dendam Israel Bakal Meletus

1,422

Baru-baru ini, Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS memberi amaran kepada Israel bahawa Iran bakal menyerang negara Zionis itu dalam tempoh 48 jam.

Serangan disifatkan sebagai serangan balas susulan tindakan Israel yang membunuh dua komander tentera Iran di sebuah konsulat Tehran di Damsyik, ibu negara Syria dan ia mengorbankan 16 mangsa.

Berdasarkan laporan Badan Pemantau Syria yang berpangkalan di Britain, antara mangsa yang maut ialah tujuh Pengawal Revolusi Iran (IRG) termasuk dua daripadanya jeneral dan seorang anggota Hizbullah.

Iran berjanji akan membalas dendam ke atas serangan itu dan kini beberapa media antarabangsa melaporkan CIA semakin bimbang ancaman terhadap Israel itu mungkin menjadi kenyataan.

Menurut laporan media Al Mayadeen, Iran merancang menyerang dengan segerombolan dron dan peluru berpandu yang bakal dilepaskan dari pangkalannya ke lokasi strategik dalam Israel.

Ketegangan yang semakin memuncak itu bakal mencetuskan perang yang lebih dahsyat di kawasan Asia Barat.

Ralph Goff, bekas Pegawai Kanan CIA berkata serangan melulu daripada Israel itu akan mengakibatkan kemarahan Iran dan sekutunya di Asia barat dan juga bakal mengancam kehancuran negara zionis itu.

Tindakan Israel itu adalah sebagai respon untuk menghukum Iran kerana terlibat dalam rancangan membunuh dan menculik warga Israel di seluruh dunia.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dengan tegas bahawa tindakan kejam Israel itu akan dibalas dengan hukuman yang lebih dahsyat lagi.

Sehubungan itu, tentera Israel turut mengumumkan sudah mengukuhkan pertahanannya pada Khamis selepas serangan maut ke atas konsulat Iran di Damsyik yang menimbulkan ancaman tindakan balas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kekal dengan pendiriannya bahawa mereka akan menyerang balas terhadap sesiapa saja yang mahu menyerang Israel.

Ucapannya itu sejurus selepas beliau mengumumkan untuk membekukan cuti untuk unit tempur dan menyekat isyarat GPS di lokasi tertentu bagi mengukuhkan perlindungan ketika perang terhadap Hamas di Gaza yang kini menghampiri tujuh bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat