Kemasukan Pelabur Asing Ke Malaysia Kembali Meningkat! Ada Apa Ni?

1,249

Bursa Malaysia kembali menerima aliran masuk dana asing pada minggu lalu, sekali gus menamatkan penjualan berterusan selama 12 minggu berturut-turut.

MIDF Research melaporkan dalam laporan aliran dana mingguannya, aliran masuk bersih meningkat sebanyak RM570.9 juta pada minggu lepas daripada aliran keluar bersih RM254.1 juta minggu sebelumnya.

Difahamkan, minat belian oleh pelabur asing mula meningkat pada hari Rabu yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM84.2 juta.

Ia seterusnya dilihat berlanjutan pada hari kedua berikutnya, di mana jumlah tertinggi dicatatkan pada Jumaat dengan aliran masuk bersih RM468.9 juta.

Bukan itu sahaja, ia adalah aliran masuk bersih terbesar sejak 28 Feb 2022, sebelum kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve AS (Fed).

Antara faktor yang menyokong peningkatan ini adalah pertumbuhan 6.6% tahun ke tahun dalam nilai jualan bulanan serta sektor perdagangan borong dan runcit mencecah RM138 bilion pada bulan Mei.

Selain itu, sektor perkilangan juga melihatkan pengembangan dalam nilai jualan kepada RM146.8 bilion atau 3.3% tahun ke tahun pada Mei.

Tiga sektor yang merekodkan aliran masuk bersih asing ialah teknologi sebanyak RM115 juta, pengangkutan dan logistik RM102 juta serta perladangan sebanyak RM97 juta.

Sementara tiga sektor yang menyaksikan aliran keluar bersih asing ialah penjagaan kesihatan sebanyak RM29.7 juta, REIT RM10.2 juta dan Tenaga RM7.1 juta.

Sentimen pasaran global dilihat positif pada minggu lepas susulan penurunan ketara inflasi Amerika Syarikat yang mungkin menandakan kitaran akan berakhir tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat