Kembali Bergelora, GBP/USD Nantikan Mesyuarat Polisi BOE

546

Pergerakan harga pada carta GBP/USD terus utuh dalam mengekalkan momentum penurunan sekitar 400 pips sepanjang dagangan Januari 2022 untuk merekod paras terendah 5 minggu di paras 1.33600.

Yakni yang mana zon tersebut juga merupakan rintangan yang menjadi tumpuan utama pelabur pada dagangan Disember 2021 sebelum ianya berjaya diatasi untuk harga merekod paras tertinggi 3 bulan.

Penurunan itu turut membentuk Lower Low (LL) yang terbaharu dalam mempamer trend bearish dan keadaan ini mungkin bakal memberi petanda kepada penurunan yang lebih rendah akan tercipta lagi.

Kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) ketika mesyuarat FOMC sebelum ini dan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang positif terus mengukuhkan matawang USD.

Akan tetapi faktor utama mungkin bakal dinantikan terlebih dahulu pada mesyuarat Bank of England (BOE) yang akan berlangsung Khamis ini bagi melihat langkah berikutnya yang ingin dibuat oleh BOE.

Menjadi faktor utama adalah susulan kadar inflasi UK yang mencatat rekod tertinggi 30 tahun mungkin bakal mendorong BOE melaksanakan peningkatan kadar faedah lagi sekali.

Oleh itu, jangkaan berikutnya kemungkinan akan menyaksikan pergerakan harga pada carta GBP/USD dijangka bakal terus menurun untuk kembali menguji zon sokongan yang lebih rendah pada 1.33000.

Secara tidak langsung tekanan yang lagi drastik mungkin akan menekan harga untuk menuju ke zon sokongan pada 1.32000 yang juga paras terendah yang dicatatkan ketika dagangan 2021 sebelum ini.

Namun zon SBR (support become resistance) 1.35000 turut menjadi perhatian sekiranya momentum dari BOE yang makin jelas untuk membuat langkah kenaikan kaedah faedah di mesyuarat akan datang.

Faktor berkenaan sudah tentu akan menyokong pergerakan harga mencapai zon SBR berikutnya pada 1.36000 yang mana ia sekali gus bakal pengaruhi harga memberi gambaran kepada perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat