Kemenangan Makin Hampir? Donald Trump Mengambil Hati Pencinta Kripto!

389

“Antara Trump dan Biden, korang sokong yang mana satu?”

Sejurus selepas secara terbuka mendedahkan penyokongannya terhadap mata wang kripto, calon Republikan bagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2024 Donald Trump berkata beliau akan melindungi hak pelabur aset digital.

Berbanding pentadbiran Joe Biden yang tidak mempunyai idea tentang bagaimana kripto berfungsi, Trump yang sangat jelas telah menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bertindak keras terhadap BTC atau aset digital lain melalui penggunaan kuasa kawal selia.

Namun perlu diketahui pandangan Trump tentang BTC tidak sama pada tahun 2021 susulan beliau pernah menyebut aset digital itu sebagai penipuan dan boleh mengancam status dolar AS sebagai mata wang rizab dunia.

Bagaimanapun, Trump sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menceburi dunia aset digital di mana beliau melancarkan non-fungible token (NFT) jenama sendiri sehingga menyebabkan ramai orang tergila-gilakannya.

Umum mengetahui sesungguhnya perdebatan mengenai kripto semakin menjadi tumpuan apabila dua pesaing presiden terkemuka mempertaruhkan kedudukan yang berbeza.

Biden yang menyelaraskan dirinya bersama Senator Elizabeth Warren dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler bukan sahaja memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pendekatan kawal selia SEC malah menekankan peraturan melalui penguatkuasaan.

Selain berjanji bagi menerima sumbangan kempen dalam kripto, Trump turut mengambil pendirian berbeza susulan beliau berikrar menamatkan pendirian menentang kripto di AS yang semakin menjadi-jadi.

Dalam beberapa perkembangan menarik pula, beberapa Demokrat juga menyertai Republikan untuk meluluskan resolusi yang membatalkan SAB 121 tetapi pentadbiran Biden tampaknya menentang rang undang-undang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat