Kemunculan ‘Whale’ Misteri Buat Ethereum (ETH) Beraksi Garang!

1,233

Nilai Ethereum (ETH) telah jatuh mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada awal bulan Mei sebelum harga susut lebih 50%.

Pandangan perspektif, daripada harga $4,300 yang dicatatkan sebelum ini, kini susut dibawah paras harga sekitar $2,000 yang telah menjadi kegusaran para pelabur.

Beberapa hari yang lalu, telah menjadi bualan hangat apabila seorang individu dengan pegangan kripto yang besar yang digelar dengan terma ‘whale’ dalam komuniti kripto, telah memindahkan sejumlah besar ke dompet yang tidak diketahui dengan nilai transaksi 100,000 Eth bernilai sekitar $181 juta, seperti yang dilaporkan di ciapan twitter WhaleAlert pada 20 Julai.

Selepas transaksi tersebut, Ethereum menyaksikan pergerakan harga yang positif, menghasilkan kenaikan lebih 6% hanya dalam masa 24 jam.

Dalam dunia kewangan, ‘whale’ adalah entiti yang mempunyai kuasa untuk memberi kesan kepada aset pasaran dalam mencetuskan urus niaga berskala besar.

Meneliti carta pergerakan harga ETH/USDT, dapat dilihat ETH telah menghasilkan lebih 20% lonjakan bermula 20 Julai sehingga pembukaan pasaran pada hari ini.

Pandangan sudut teknikal, ETH masih kekal konsisten dengan pergerakan harga yang positif sehingga berjaya menembusi zon RBS (resistance become support) sekitar $2,000 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan konsisten, zon SBR (support become resistance) sekitar $2,120 adalah tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend bearish, harga berkemungkinan bakal susut kembali ke zon RBS sekitar $2,000 tersebut untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Pada masa penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $2,054 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat