Kenaikan Eksport Jepun Pada Disember Menguatkan Yen Dalam Sesi Asia

32

Eksport Jepun meningkat kali pertama sejak 15 bulan lepas dalam data yang dikeluarkan pagi tadi. Bacaan positif ini disumbangkan oleh pengukuhan jualan barangan elektronik dan alat-ganti kenderaan.

Ini adalah satu petanda positif kepada ekonomi Jepun yang banyak bergantung kepada pendapatan eksport, walaupun ada risiko dari dasar ‘Protectionism‘ US di bawah pentadbiran baru Trump.

Kementerian Kewangan Jepun hari ini mengumumkan eksport Jepun meningkat 5.4% dari tahun ke tahun pada Disember, berbanding jangkaan kenaikan tahunan sebanyak 1.2% oleh pasaran. Ini adalah satu kenaikan yang meyakinkan dengan kejatuhan 0.4% pada bulan sebelum itu.

Walaubagaimanapun, terdapat risiko kepada ekonomi Jepun dengan Trump telah mengeluarkan US secara rasmi dari perjanjian TPPA.

Takeshi Minami, Ketua Ekonomist di Norinchukin Research Institute menyatakan bahwa,”Jika ketidaktentuan ‘Protectionism‘ dari US berterusan dan menyebabkan Yen menguat, ini akan melembapkan semula eksport Jepun.”

Data eksport hari ini telah menguatkan Yen dengan Usd/Jpy jatuh dari paras tertinggi 113.98 ke paras terendah setakat hari ini di 113.39 yang merekodkan kejatuhan hampir 60 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat