Kenaikan GBP/USD Terbantut, Trend Harga Kekal Bullish?

165

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terbantut di awal minggu semalam selepas lonjakan pada penghujung minggu lepas mencapai paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Situasi lonjakan harga itu didorong oleh faktor penyusutan US dolar ketika reaksi laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang merosot.

Namun, pelabur berkemungkinan kembali memberi tumpuan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) susulan nada hawkish pada mesyuarat FOMC minggu lalu.

Kenyataan Presiden Fed Thomas Barkin di awal minggu dilihat menyokong nada Pengerusi Jerome Powell yang lebih cenderung untuk mengekalkan pengetatan dasar.

Justeru, US dolar tidak melanjutkan penyusutan nilainya di samping menghadkan kenaikan harga untuk berlaku pada carta GBP/USD semalam.

Ada kenaikan yang diperlihatkan namun harga gagal menyentuh paras rintangan pada 1.26000 sebelum paparkan penurunan menuju ke penghujung sesi New York.

Pergerakan harga berlegar perlahan di sekitar 1.25600 di sesi Asia pagi ini (Selasa) selain dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya corak bullish berjaya dikekalkan, kenaikan harga boleh berlaku untuk harga menguji semula rintangan pada 1.26000.

Selepas akhirnya berjaya menembusinya, paras ketinggian terbaru harga bakal dicapai dengan sasaran untuk menuju 1.27000.

Sebaliknya jika harga menjunam jatuh ke bawah, paras tumpuan terhampir yang dijangka akan memberi reaksi adalah sekitar 1.25000.

Penurunan lebih rendah di bawah paras itu berkemungkinan akan mendorong harga menuju pula paras tumpuan berikutnya di sekitar 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat