Kenaikan Harga Terbantut, GBP/USD Terjun Balik 100 Pips!

491

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan terjunan harian sekitar 100 pips pada Khamis semalam setelah harga berjaya capai rekod tertinggi terbaru 4 bulan.

Pemulihan semula US dolar semalam telah mengubah corak pergerakan harga sebelum ini yang melihatkan penyusutan nilai raja mata wang itu sejak dari minggu lepas.

Pada Rabu lalu, harga telah melonjak 100 pips dari paras 1.27000 mencapai zon 1.28000.

Pada Khamis semalam, kenaikan perlahan diteruskan di sesi Asia hingga sekitar 1.28200 sebelum harga terjun semula ke paras 1.27100.

Penurunan harga di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi indikasi awal untuk perubahan trend bearish semula.

Momentum penurunan semalam jika dikekalkan bakal mendorong penurunan lanjut harga menuju zon tumpuan 1.27000 yang dijangka akan mengundang reaksi menarik harga untuk petunjuk arah pergerakan seterusnya.

Jika tembus lebih rendah, harga akan menyambung pergerakan trend bearish semalam sehingga ke penutup dagangan sesi terakhir dengan sasaran pada 1.26000.

Harga yang dilihat meningkat semula di awal sesi Eropah petang ini menguji halangan MA50 yang menjadi perhatian pelabur.

Jika harga berjaya atasi halangan tersebut dan meneruskan kenaikan, zon 1.28000 bakal dicapai semula.

Harga juga berpotensi untuk melepasi paras ketinggian semalam untuk catatkan rekod yang baru sebelum dagangan 2023 berakhir.

Sasaran adalah pada zon tumpuan 1.29000 untuk harga capai.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat