Kenaikan Kadar Bukan Cara Untuk Atasi Masalah Asset-Bubble! : Neel Kashkari

33

Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari memberi kenyataan bahawa tindakan menaikkan kadar faedah untuk menangani masalah asset bubble hanya akan mengundang kemudaratan kepada ekonomi.

Kashkari, yang juga merupakan antara ahli yang akan mengundi di dalam jawatankuasa dasar bank pusat AS pada tahun ini juga sebelum ini mempunyai pendirian dalam menentang kenaikan kadar. Menurut beliau, kadar yang rendah mampu menambah lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika.

Sebelum ini, beberapa orang pegawai Fed menyatakan kebimbangan bahawa kadar faedah terlalu rendah yang diletakkan pada tempoh yang agak lama mampu menyumbang kepada ledakan harga hartanah serta berupaya mengheret Amerika Syarikat ke dalam satu lagi fasa kemelesetan.

Namun begitu, faktor utama pengerusi Fed, Janet Yellen menaikkan kadar adalah disebabkan keadaan ekonomi yang sedang menghampiri fasa guna tenaga penuh.

Kashkari juga menyifatkan bahawa kawalan harga hartanah dan penguatkuasaaan bagi melindungi bank-bank daripada kegagalan untuk meneruskan operasi adalah pilihan terbaik berbanding langkah menaikkan kadar.

Kecelaruan Politik AS Memberi Ruang Kepada Emas Untuk Memantapkan Kedudukan

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat