Kecelaruan Politik AS Memberi Ruang Kepada Emas Untuk Memantapkan Kedudukan

46

Emas mengukuhkan kedudukan dalam sesi Asia pada Khamis selepas Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein dari Jabatan Kehakiman AS melantik bekas pengarah FBI Robert Mueller sebagai peguam khas yang akan mengambil alih siasatan terhadap dakwaan penglibatan Russia di dalam pilihanraya Presiden AS.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.13 peratus kepada $1,260.29 satu troy ounce manakala copper futures diniaga menurun sebanyak 0.24 peratus.

Semalam, dagangan logam berharga melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu pada Rabu apabila pelabur mula menambah permintaan kepada asset yang lebih selamat gara-gara kekacauan politik dan laporan data ekonomi yang agak mengecewakan baru-baru ini.

Ketidakstabilan politik ini berlarutan buat hari kedua berturut-turut selepas Presiden Donald Trump mengarahkan bekas Pengarah FBI James Comey menutup siasatan kes terhadap bekas Penasihat Keselamatan Negara, Mike Flynn.

Kejatuhan US Dollar telah menggalakkan permintaan bagai emas memandangkan logam berharga tersebut dinilai di dalam matawang US Dollar.

Menurut Fed rate monitor tool, prospek kenaikan kadar oleh Fed pada Jun nanti kini diletakkan pada tahap 58 peratus berbanding 70 peratus bagi minggu sebelumnya.

Sampai Bilakah US Dollar Akan Meneruskan Junaman?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat