Kenali Ethereum, Matawang Kripto Kedua Terbesar Selepas Bitcoin

2,110

Ramai yang tidak tahu, Ethereum (ETH) bukan sekadar matawang kripto tetapi juga merupakan satu teknologi yang turut digunakan untuk pembangunan aplikasi.

ETH yang dilancarkan pada Julai 2015 bersandarkan pada blockchain, membenarkan pembina untuk membangunkan dan menjalankan aplikasi tanpa sebarang penipuan, kawalan atau gangguan daripada pihak ketiga.

Matawang Ether sangat terkenal dengan dua fungsinya.

Pertama, didagangkan sebagai matawang digital di pertukaran sama seperti matawang kripto yang lain. Kedua, digunakan di rangkaian Ethereum untuk menjalankan aplikasi.

Kadang-kadang Ethereum turut dikenali sebagai ‘komputer dunia’ kerana sifatnya yang boleh desentralisasikan internet. Ini bermakna, servers yang berpusat akan digantikan dengan ribuan nodes yang diuruskan oleh sukarelawan.

Platform baru selepas Bitcoin ini diasaskan oleh individu berkelahiran Kanada, Vitalik Buterin dengan objektif utama memastikan aplikasi tidak berpusat menyokong era baharu transaksi atas talian.

Pada awal pengenalan, sebanyak 72 juta syiling telah dilombong dan diedarkan kepada beberapa individu yang terlibat di awal pembangunannya.

Dianggarkan sebanyak 65% syiling masih tersimpan di dalam sistem setakat April 2020.

Ketika BTC masih bertahan sebagai matawang kripto paling utama, pertumbuhan Ethereum yang agresif menimbulkan spekulasi jika ETH dapat mencantas kedudukan BTC kelak.

Nantikan artikel seterusnya, mengetengahkan perbezaan dan persamaan antara Bitcoin dan Ethereum!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat