Kenali Kripto: Loopring (LRC), Aset Kripto Yang Meroket Tinggi Sepanjang November 2021

1,816

November 2021 mungkin detik kegemilangan Loopring (LRC) kerana berjaya mencatatkan lonjakan 530% sejak 1 November sehingga tarikh penerbitan artikel ini.

Ketika penulisan, LRC didagangkan pada $3.60 dengan peningkatan harga lebih 25% dalam 24 jam.

Trivia Loopring (LRC)

  • Dilancarkan pada Disember 2017 oleh jurutera perisian Cina, Daniel Wang yang pernah berkhidmat di Google dan JD.com
  • Sejak daripada tarikh pelancarannya, Loopring memiliki 2 versi: Loopring v2 dan Loopring v3.
  • Kedua-dua versi tersebut memperkenalkan model kos yang baharu serta menawarkan pilihan perlaksanaan dagangan yang lebih banyak.
  • Loopring merupakan perisian diaktifkan di rangkaian Ethereum (ETH) sebagai insentif terhadap pengendalian platform yang membolehkan penubuhan jenis pertukaran aset kripto baharu.
  • Projek ini juga merupakan salah satu protokol kewangan desentralisasi (DeFi) yang sedang membangun dengan Loopring sendiri menggunakan beberapa matawang kripto termasuk LRC.
  • Kelebihan protokol Loopring dirincikan seperti berikut:
    • Pengurusan order secara off-chain dan penyelesaian on-chain tanpa kesan negatif terhadap sekuritinya.
    • Liquidity yang lebih besar susulan daripada ring-mining dan order sharing.
    • Kehadiran Dual Authoring menyelesaikan masalah kritikal seperti yang dihadapi kebanyakan DEXs dan penggunanya.
    • Kontrak pintar yang percuma dan umum membolehkan mana-mana aplikasi desentralisasi (dApps) dibangunkan atau/dan saling berhubung dengan protokol ini.
    • Ketetapan standard dalam kalangan operator membenarkan penerimaan kesan rangkaian dan meningkatkan pengalaman pengguna.
    • Rangkaian dikekalkan dengan fleksibiliti terhadap perlaksanaan order bookdan komunikasi.
    • Mengurangkan jurang bagi kemasukan aliran dana yang rendah untuk penyertaan nod ke rangkaian dan end users.
    • Pelabur boleh menjalankan transaksi secara anonymous langsung dari wallet mereka.
  • Melalui kewujudan kriptografi jenis baharu, zero-knowledge rollups (zkRollups), Loopring turut menawarkan penubuhan pertukaran desentralisasi (DEX) di atas platformnya sebagai solusi kepada isu kelembapan transaksi dan kosnya yang mahal, rata-ratanya ada kaitan dengan DEX di Ethereum.
  • Melalui zkRollups, Loopring mampu menjalankan lebih 2,000 dagangan sesaat.

Prestasi Loopring (LRC)

Walaupun dilancarkan pada 2017, LRC mula mendapat perhatian serius dari kalangan pelabur sejak Oktober tahun ini, sebelum pamerkan lonjakan yang luar biasa pada November gara-gara isunya dengan GameStop.

Dikatakan GameStop merancang untuk menggunakan teknologi Loopring bagi penubuhan platform pasaran non-fungible token (NFT).

Bagi aspek pesaing pula, Loopring mahu menjadi platform alternatif kepada DEX seperti Uniswap dan SushiSwap yang berisiko dengan penggodaman, termasuk platform kripto berpusat seperti Coinbase dan Luno yang memiliki kos mahal.

Jika anda berminat untuk mulakan pelaburan LRC, boleh dapatkan aset ini di Binance, Coinbase, Binance, Kucoin, dan Huobi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat