Kenali Kripto: OMG Network (OMG)

1,673

Sebelum dijenamakan semula, OMG Network (OMG) dikenali sebagai OmiseGO. Tidak ramai yang kenal tentang rangkaian ini, maka Team Intraday berminat untuk berkongsi latar belakang OMG sebelum anda membuat pelaburan.

Daripada OmiseGO Kepada OMG Network (OMG)

  • Dilancarkan pada 2017 sebagai OmiseGO oleh syarikat penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik, Omiseyang berpangkalan di Bangkok.
  • Diasaskan oleh Jun Hasegawa dan Donnie Harinsut.
  • Dijenamakan semula pada 1 Jun 2020 dengan nama OMG Network.

Trivia OMG Network (OMG)

  • Merupakan sistem pembayaran (penyelesaian berskala lapisan-2) yang dibangunkan di Ethereum dengan sokongan terhadap beberapa aset digital.
  • Rangkaian ini beroperasi sebagai penghasil blok tunggal, rantai Proof of Authority (PoA).
  • Membenarkan pengguna untuk akses, urus, dan memindahkan aset berasaskan Ethereum dengan lebih efisien.
  • Juga diperincikan sebagai sebuah bursa desentralisasi, mekanisme penyedia liquidity, rangkaian permesejan, dan laluan (gateway)blockchain dengan aset digital.
  • Projek ini menerima persetujuan daripada Kementerian Kewangan Thailand dan Bank of Thailand dengan objektif memperkenalkan sistem kewangan yang lebih inklusif.
  • Menerima sokongan daripada pengasas Ethereum, Vitalik Buterin serta pengasas Polkadot dan Kusama, Gavin Wood.

Keunikan OMG Network

  • Menawarkan kewujudan childchain, More Viable Plasma atau dikenali dengan MoreVP.
    • OMG Network akan mengumpulkan (bundle) kesemua transaksi, jadikan sebagai satu transaksi dan mengesahkannya di MoreVP sebelum dikembalikan transaksi tersebut kepada Ethereum untuk pengesahan di blockchain. Teknik bundle ini membolehkan OMG Network memproses jutaan transaksi per saat. Transaksi pula dapat dikurangkan, hanya 1/3 daripada kos sebenar di Ethereum kerana ia dibayar secara bundled.
  • OMG Network sebagai bursa desentralisasi bagi blockhain lain dan diantara beberapa blockchains secara langsung tanpa token gateway yang dipercayai.
  • Pengguna boleh membuat pembayaran, pemindahan wang rentas sempadan, dan mengendalikan perakaunan gaji.
  • Menyokong perdagangan komersial B2B, pembiayaan rantaian bekalan, program loyalti, pengurusan aset, dan perdagangan.

Token OMG

  • Sebagai token utiliti projek OMG Network yang dibangunkan mengikut standard ERC-20.
  • Pengguna dan pembangun boleh menggunakan OMG untuk membayar perkhidmatan di rangkaian.
  • Bekalan OMG hanya terhad sehingga 140,245 juta bagi tujuan untuk mengekalkan nilainya sepanjang masa.
  • Ketika artikel ini ditulis, nilai OMG direkodkan pada $16.71, meningkat lebih 2% dalam 24 jam.

Bagi pelabur yang berminat untuk menambah OMG dalam portfolio boleh mendapatkan aset ini di beberapa platform: Binance, Coinbase, Huobi, dan Bithumb.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat