Kenapa BTC Menggila Hampir $46K? Ini 3 Sebabnya!

378

“Semua mesti gembira BTC naik tinggi, tapi hati-hati tau takut harga jatuh laju pula.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya mencecah $45,600 apabila leverage iaitu open interest pada kontrak BTC telah menggunung $982 juta dalam masa 24 jam lalu di tengah-tengah rekod tertinggi dalam indeks ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Jadi di sini dapat dilihat harga BTC mampu menyasarkan paras tertinggi tahunan baru pula pada $50,000, tetapi perlu diingatkan para pelabur juga harus berhati-hati susulan $40,000 boleh diuji semula pada hujung minggu ini.

Pun begitu, jumlah dagangan spot merentas bursa kripto centralized telah meningkat bagi bulan keempat berturut-turut pada Januari 2024, di mana ia naik ke tahap terakhir dilihat pada Jun 2022 apabila kelulusan BTC ETF mencetuskan minat baharu dalam aset digital.

Memang tidak dinafikan Binance kekal sebagai bursa kripto terbesar mengikut volum dagangan yang canak 2.73% dan memegang bahagian pasaran kripto sebanyak 31.3%, tetapi spot share mereka merosot secara beransur-ansur sepanjang 2023 disebabkan pelbagai caj dikenakan daripada pengawal selia.

Suka dimaklumkan kenaikan harga BTC turut tercetus disebabkan spot BTC ETF BlackRock dan Fidelity yang sudah menguasai Grayscale apabila melibatkan metrik kecairan tertentu yang dikaitkan dengan keluasan pasaran kripto, ulas JPMorgan.

Hal ini kerana Grayscale mengenakan caj paling tinggi dalam kalangan pengeluar spot BTC ETF dan walaupun turunkan 2% yuran pengurusannya pada 1.5% sebagai sebahagian daripada penukarannya pada spot BTC ETF, ia masih jauh lebih mahal daripada tawaran saingannya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.78% pada paras $45,433 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $891 bilion kemudian mencatatkan kenaikan 5.38% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat