Kenapa Dagangan Emas Suram Je Hari Ini?

1,238

Logam kuning emas didagangkan lebih rendah pada hari Selasa, gagal mengekalkan keuntungan yang diraih pada sesi sebelum ini susulan kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan sedikit susut pada $1,809 per auns, selepas meningkat tinggi ketika sesi New York pada $1,819 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,812 per auns.

Hasil bon AS 10 tahun menjunam ke paras terendah enam bulan pada 1.15%, sejurus selepas penerbitan data pembuatan AS yang menunjukkan penurunan untuk bulan kedua berturut-turut.

Walaupun bacaan 59.5 masih menunjukkan pengembangan yang kuat, tetapi penurunan yang dicatatkan menyebabkan pelabur bimbang dengan perlambatan dalam pemulihan ekonomi AS akan terjadi.

Data ini juga mengheret US dolar untuk ketinggalan di belakang matawang safe-haven yen dan swiss franc, selain turut dihimpit oleh kebimbangan yang meningkat terhadap penularan varian Delta coronavirus.

Bagaimanapun, harga emas gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat ini lebih lama memandangkan prospek untuk Federal Reserve mengurangkan pembelian bonnya masih kuat.

Terbaru, pembuat dasar Fed, Christopher Waller mengatakan bank pusat perlu mengurangkan rangsangan menjelang Oktober sekiranya dua laporan pekerjaan bulanan berikutnya menunjukkan pekerjaan meningkat kepada 800,000 hingga 1 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat