Kenapa Harga Altcoin Matawang Digital Selain Bitcoin Semakin Tinggi?

184

Litecoin salah satu daripada koin alternatif (altcoin) kepada Bitcoin kini telah membuat kenaikan sehingga $338.00 yang membawa kepada kenaikan lebih daripada 4000% sejak awal tahun 2017, menurut CoinMarketCap. Ramai yang bertanya kenapa harga matawang digital semakin tinggi?

Litecoin adalah salah satu matawang digital yang paling popular dan dicipta oleh bekas kakitangan Google yang juga Pengaran Kejuruteraan di Coinbase, Charlie Lee. Jika dibandingkan dengan Bitcoin, perbezaan paling jelas antara kedua-duanya adalah ia mengambil masa 2.5 minit untuk membuat transaksi berbanding dengan Bitcoin 10 minit.

Seperti yang dijelaskan di atas, Litecoin boleh dihantar lebih pantas berbanding Bitcoin, namun ada banyak lagi sifat-sifat yang pelabur perlu tahu sebelum mendagangkan matawang digital ini. Menurut Coindesk, Litecoin boleh menjalankan transaksi walaupun dengan jumlah yang banyak kerana kebolehannya yang boleh menghantar dana dengan pantas. Berbanding Bitcoin, ia juga boleh membuat transaksi yang banyak tetapi ia memerlukan kemaskini kod.

CBOE telah memulakan dagangan niaga-hadapan (futures) Bitcoin yang menjadi sebab relevan kepada kenaikan harga matawang-matawang digital. Jika Bitcoin terus bergerak positif dan stabil di paras tinggi, kita tidak perlu bimbang dengan matawang digital yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat