Kenapa Harga Kripto Di Pertukaran Berbeza-beza?

4,740

Pasti ada yang masih tertanya, mengapa harga matawang kripto berbeza-beza di setiap pertukaran? Misalnya ketika penulisan, di Binance harga Bitcoin mencatatkan nilai RM194,761 dan di Luno pula, RM187,999. Nampak tidak betapa jauhnya beza harga Bitcoin di kedua-dua pertukaran tersebut?

Rupanya, ini yang pelabur perlu tahu!

Pertama sekali, kalian perlu tahu kadar perdagangan matawang kripto jauh lebih tinggi di pertukaran yang besar seperti Binance dan Coinbase, berbeza dengan pertukaran yang kecil menyaksikan kadar dagangan matawang kripto yang rendah seperti Luno.

Secara tidak langsung ini akan menyebabkan perbezaan bekalan matawang kripto di pertukaran dan mempengaruhi harganya. Contoh, berlaku permintaan ETH yang tinggi di pertukaran akan menyebabkan bekalan unit terhad dan harga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Seterusnya, harga matawang kripto boleh dikatakan sangat bergantung kepada aktiviti perdagangan dan tiada cara untuk menetapkan harganya.

Jika difahami betul-betul konsep jual beli kripto, sebenarnya harga kripto seimbang antara harga yang ditawarkan dengan harga yang sanggup dibeli.

Namun, apabila pertukaran sangat mementingkan pengesahan dan kefahaman antara dua pihak, jumlah dagangan akan menjadi rendah dan disebabkan itu pergerakan harga akan menjadi perlahan.

Pelabur juga kena ingat, memandangkan matawang kripto tidak bersandarkan pada fiat seperti Ringgit Malaysia (RM), USD, dan Euro, malah tidak berkait dengan mana-mana negara atau pertukaran tertentu, aset ini masih belum diperakui memiliki nilai yang tetap atau standard.

Ini menunjukkan harga kripto begitu spekulatif dan bergantung kepada pasaran dan waktu anda membuat pembelian kripto. Tidak lupa juga komisen yang dikenakan oleh pertukaran turut mempengaruhi harga matawang.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat